Luqman Abdullah

Sahibus Samahah Dr Luqman bin Abdullah merupakan Mufti Wilayah Persekutuan berkuatkuasa pada 15 Mei 2020 hingga 14 Mei 2022.[1] Beliau menggantikan Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilantik sebagai Senator untuk memegang portfolio Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau juga merupakan Pengerusi Madrasah Rahmaniah Pondok Lubuk Tapah, Pasir Mas, Kelantan dan merupakan Pensyarah Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.